Terbaru terbitan Fajar Pakeer
Tajuk: Sebab Saya Suka Dia
Penulis: Ellyne Alyana
Harga: RM23.00sm / RM26.00ss
Terbitan: Fajar Pakeer
Sinopsis: Dia seorang gadis yang sempurna serba-serbi sehinggalah Muhammad Amirul Adib muncul dalam hidupnya dan merosakkan segala-gala yang telah dirancang rapi.
“Awak tahu tak betapa berdosanya seorang isteri jika menyimpan perasaan istimewa terhadap lelaki lain yang bukan suami? Afrina Airisya, saya tak nak jadi suami dayus! Ya, hubungan ni baru sahaja nak bernafas. Tapi tak bermakna awak boleh lakukan apa yang awak nak! Saya tak nak terjerat sama dalam jurang maksiat yang bakal awak lakukan dengan bekas tunang awak tu!”
“So? Aku bukannya milik kau, Amirul Adib! Bukan milik kau untuk kau paksa aku buat itu dan ini!”
“Kau milik aku, Afrina Airisya. Semuanya milik aku. Jangan paksa aku untuk tuntut apa yang sepatutnya aku dapat malam semalam! Aku suami kau, ingat tu.”
Tidak . Tidak dan tidak mungkin dia akan mencintai Muhammad Amirul Adib sedangkan dia percaya bahawa hatinya telah kukuh bersama lelaki yang mencintainya sepenuh hati, Afif Ezaniey. Ya , Adib pernah menjadi lelaki yang didambanya suatu ketika dahulu tetapi itu adalah cerita yang lama dan dia harus bangkit daripada terus mencintai lelaki yang tidak mungkin akan mencintainya kembali.
“Adib, awak tak cintakan saya. Dan saya pun tak cintakan awak. Kenapa masih hendak teruskan perkahwinan ini? Saya pun ada life! Saya pun hendak hidup macam orang lain! Jadi, lepaskanlah saya. Saya yakin saya boleh hidup bahagia dengan Ezaniey!”
“Apa dia? Saya tak cintakan awak dan awak pun tak cintakan saya. Siapa awak nak duga hati saya?
Adakah hubungan mereka akan menemui kegagalan pada akhirnya? Mampukah mereka melengkapi antara satu sama lain? Adakah Ezaniey akan kekal di hati Afrina Airisya atau Amirul Adib yang sentiasa berada di sudut hati Afrina Airisya yang paling dalam? Sebab saya suka dia… empat sebab saya suka dia…
“Sebab saya suka dia... Pertama, tiada sebab. Kedua, tiada sebab. Ketiga, tiada sebab. Dalam cinta, tak sepatutnya ada sebab mengapa kita cintakan dia kerana jika benar kita cintakan seseorang itu, kita tidak akan memandang segala kelebihan dan kekurangannya. Airisy cuma sayangkan abang dan jangan harap abang boleh tinggalkan Airisy.”

Tajuk: BE MY WIFE
Penulis: NURUL AIN SYUHADA
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25
HUBUNGAN baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden. Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untuk menjadi BENCI...
Kerana harta, Elman akur dengan permintaan ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap Hannah!
Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus.
“Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?” - HANNAH
‘Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!’- ELMAN
“Abang Elman yang masak?” - HANNAH
“Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?”- ELMAN
Tapi... Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang, Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian.
Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?

Tajuk: MY MISS
Penulis: Daisy Zahra
Harga: RM22.00/RM25.00
Sinopsis:
“Faham tak?Jangan tahu angguk aje!”
“Faham, cik. Saya faham.”
Maka, rasmilah Luqe Rizky sebagai pembantu rumah kepada Diya Adarina. Selama berkhidmat untuk gadis itu, pelbagai ragam yang dihadapi. Apa yang menjadi kesukaan dan kebencian Diya, cuba dipelajari sebaik yang mungkin.
Sehingga adanya lamaran daripada seorang cikgu untuk Diya, Luqe mula gelisah. Baru dirinya sedar yang telinganya tidak lagi akan mendengar pujian tentang masakannya daripada missnya itu. Takut kehilangan missnya, keputusan nekad diambil. Dia harus memperisterikan majikannya sendiri!
“Miss, kahwin dengan saya. Saya akan jaga miss sampai bila-bila. Selagi saya mampu, saya akan jaga miss. I swear!”
Bagi Diya pula, kenapa tak? Daripada nak berkahwin dengan orang yang dia sendiri tak kenal, Luqe adalah pilihan yang lebih baik. Sudahlah lelaki itu pandai masak spageti, menu kegemarannya! Tapi, Sir Ilyas macam mana?
Mampukah Diya dan Luqe meneruskan perhubungan yang sudah terjalin? Siapa pula Sir Ilyas dalam hidup Diya? Apakah gelaran my miss akan terus meniti di bibir Luqe? Atau, gelaran itu akan tetap kekal menjadi gelaran?

Abangku, Ceo Sengal!
Mastura Abdullah
No comments:
Post a Comment