Saturday, 6 April 2013

I'M IN LOVE WITH MY BEST FRIEND



             Khairyl, Airul dan Tania duduk semeja di kafeteria sekolah. Tania asyik tersenyum sendirian.

            "Ryl, peliknya Tania hari ini!"bisik Airul kepada Khairyl. Khairyl yang sedang makan sandwich telurnya tidak mempedulikan Airul. Akhirnya Airul tidak dapat menahan perasaan ingin tahunya, lalu bertanya kepada Tania.
"Kenapa asyik senyum tak henti-henti ni?"
"Huh, mana ada."balas Tania yang terkejut.
"Jangan tipulah.Come on!!Tell me!!"gesa Airul, Khairyl yang masih sedang makan sandwichnya menoleh ke arah Tania.

"Okay. Sebenarnya bestfriend saya,Misya akan pindah ke sini next week. Yeah!!"kata Tania dengan gembira sekali.
"Ingatkan apalah. Eh bukankah kami ni aja ke bestfriend kau?"ejek Airul.
"Misya jugalah!"balas Tania.

Sejak kecil, Tania susah bergaul dengan orang menyebabkan dia tidak mempunyai banyak kawan. Amat berbeza dengan Khairyl yang mempunyai wajah yang kacak, IQ tinggi,pandai menari dan aktif dalam basketball.
Banyak pelajar perempuan mahupun cikgu juga tertarik pada Khairyl, tetapi Khairyl sentiasa buat dont know sahaja terhadap mereka.Dia hanya suka membuli Tania dan menyebabkan Tania dianti.

Walaupun begitu, Tania tetap berasa bahagia kerana dia sendiri sudah jatuh cinta pada Khairyl.
Ibu bapa Tania dan Khairyl cuba menjodohkan mereka tetapi dibantah keras oleh Khairyl .
Baginya, Tania hanyalah adiknya.

"Kringggg!"loceng berbunyi.
"Jom balik kelas!"kata Airul. Semasa berjalan , Tania tiba-tiba tergelincir. Mujurlah Khairyl sempat memaut pinggang Tania dan memeluknya. Tania terhidu perfume Khairyl yang wangi dan menatap wajah Khairyl. Itulah kali pertama dia berada di jarak yang begitu dekat dengan Khairyl. 
"Wah, bestnya dipeluk oleh Khairyl...."katanya dalam hati.
"Tania tak apa-apa ke?"tanya Khairyl yang kelihatan risau.
Tania tersedar dari lamunannya,tetapi masih dalam pelukan jejaka idamannya.

"Rasanya kaki dia terseliuh !"jawab Airul bagi Tania.
Tanpa berkata apa-apa ,Khairyl terus mengendong Tania.Tania terkejut . Jantungnya berdegup semakin kencang .
Banyak pelajar yang menjerit "peewiittt"..apabila melihat Tania itu.

"Mari saya kenalkan.Ini Khairyl dan yang ini Airul."kata Tania kepada Misya.
"Assalamualaikum, Saya Misya."
"Waalaikumsalam, i'm Airul."balas Airul dengan serta merta.Memanglah. Airul seorang kasanova, tetapi Tania tau dia sebenarnya sangat baik.
"Ehem....Airul ,tak payahlah."kata Tania sambil merenung tepat pada Airul dengan memberikan amaran supaya jangan target pada Misya. Airul faham tanda isyarat itu. dia duduk semula dengan muka masam. 

"Hai saya Khairyl."Khairyl memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Misya. Mereka saling berpandangan seketika sebelum Khairyl melepaskan tangannya. Nampaknya Misya sudah tertarik akan personality Khairyl itu. Tania tahu sesiapa pun akan jatuh hati terhadap Khairyl pada pandangan pertama.

"Patutkah saya tanya pada Tania?mestikah?"Khairyl mengelamun dalam biliknya. Sudah menjadi rutin pada Tania untuk menghantar mesej kepada Khairyl setiap malam.

Tania:Khairyl dah siap nota belum??
Khairyl:Dah.
Tania:Okay.
Khairyl:Ermm...nak tanya sikit boleh??
Tania:Yup...apa dia?
Khairyl:Errr...boleh bagi saya nombor Misya?
Tania terkejut!Tak pernah Khairyl bertanyakan nombor telefon pelajar perempuan padanya. Tak pernah terlintas difikirannya Khairyl akan berbuat begitu.Tak pernah!!Tania berasa marah,benci,kecewa,dan kesal.Hatinya bagaikan sudah berkecai.
Tania:May i know why?
Khairyl:I think i like her.Saya asyik teringat wajahnya yang ayu itu.Saya tak pernah ada strong feeling sebegini.

Tania rebah.Dia tahu maksud Khairyl itu.Hatinya bagai ditusuk pisau.Perit.
"Mengapa saya bukan Misya?Mengapa?"jeritnya dengan kuat didalam biliknya.Tanpa sedari air matanya berlinangan dan perlahan-lahan membasahi pipinya.Berkali-kali dia mengesat tetapi air matanya tidak mahu berhenti mengalir.Perasaan sedih dan kecewa mendominasi dirinya. 
Dia terus memutuskan panggilan.


Sejak hari itu, hubungan Tania dan Khairyl semakin renggang manakala Khairyl dan Misya semakin intim.Tetapi Khairyl berasa sunyi tanpa kehadiran Tania disisinya.

     

No comments:

Post a Comment